Follow Dashboard
Tokens?

Aku memang jahat .
Thursday, February 23, 2012 | 6:22 AM | 0 comments

Assalammualaikum . Aku rindu diary aku , tapi kali ni aku mintak maaf diary sebab aku menangis depan kau . Kau nak tau tak , ada cerita baru pasal aku . Orang cakap aku jahat . Orang cakap aku budak tak baik . Orang tak pernah percaya aku . Orang anggap aku penipu . Orang anggap aku ni suka bagi harapan dekat orang lain . Orang anggap aku ni suka mainkan perasaaan orang . Aku macam tu ke ? Kenapa diorang cakap macam tu ? Aku ada hak nak berkawan kan ? Even aku dah couple , aku tak boleh kawan dengan kawan lelaki aku yang lain ? Aku tak boleh nak ada bestfriend lelaki ? Aku tak boleh nak text kawan lelaki aku ? Kenapa ? Aku tak susah kan korang pun . Aku tak suruh korang topupkan aku if aku nak text kawan lelaki aku . Aku tak suruh korang tolong cakapkan apa yang aku nak cakap if aku nak cakap something dengan kawan lelaki aku . Korang pernah imagine tak , kenapa aku tak boleh buat semua tu sedangkan korang boleh ? Kenapa if korang couple pun , korang boleh tegur orang lain lebih lebih ? Kenapa tak aku ? Aku nak hak aku . Bukan korang je nak apa yang korang nak buat . Aku pun :/

 Tolong lah , kalau korang rasa aku ni jahat , aku tak kisah kalau korang taknak kawan dengan aku . Aku tak kisah kalau korang nak judge aku macam macam . Aku tak kisah kalau korang nak boikot aku even aku tak kacau korang . Aku tak faham , semua tempat aku pegi , aku mesti macamni . Orang kata aku perampas , orang kata aku gedik . Orang kata aku penipu . Aku tak pernah kacau hidup korang , aku tak pernah nak ceramah korang macam macam if perangai korang macam taik . Aku tak pernah nak cakap main lepas pasal korang face to face dengan korang sendiri . Sebab aku bukan jenis yang semua tu . Ye , aku mengaku aku memang pengecut . Aku memang penakut . Aku tak reti nak bergaduh depan orang ramai . Aku tak reti nak sound orang depan public . Sebab , aku malu . Aku perempuan , ada adab . But if korang nak buat semua tu , go on . Aku tak halang ! Aku tak kacau korang . Tapi kenapa ni balasan korang terhadap aku ? Jahat ke aku ni ? Kenapa ramai sangat benci aku ? Aku dah buat apa ? Lepas korang baca aku tulis ni , mesti korang nakk judge aku lagi kan ? Mesti korang nak cakap aku ni bajet kan ? Mesti korang nak kata aku ni berpura pura kan ? Aku tak kisah wei . 

Sekarang aku just tak faham kenapa korang buat aku macam ni . Korang nak aku tak layan budak lelaki ? Takpe , lepasni aku boleh buat . Lepastu , korang jangan pulak tanya kenapa . And if korang nak mintak tolong aku yang ada berkaitan dengan budak lelaki , sorry . The answer will be NO . Aku takkan tolong korang if ada berkaitan dengan lelaki . Korang nak sangat kan ? Korang kata aku ni suka mainkan perasaan orang . Suka bagi harapan dekat orang . Takpa . Aku boleh buat , insyaallah . Aku mengaku memang aku kadang-2 suka menipu . Adat lah manusia , tak pernah lari daripada menipu . Tapi , aku selalu tipu untuk kebaikan aku sendiri . Aku tipu untuk diri aku , aku tipu untuk diri korang . But korang anggap aku seorang yang penipu , seorang yang jahat tak reti nak beza mana baik mana buruk . Korang kata aku selalu bagi harapan dekat orang . Tanpa korang tau pun , orang yang suka bagi harapan dekat aku . Orang yang suka buat aku terluka . Tapi , korang anggap aku yang suka bagi harapan dekat orang .

Korang kata aku suka mainkan perasaan orang , for your information , aku tak buat apa apa . Tanpa korang sedari , orang yang anggap aku ni lebih lebih untuk diri dia  .Sedangkan aku layan macam mana aku biasa layan orang lain . Bagusla , semua orang dah benci aku sekarang . Semua orang ! Semua bestfriends aku pun benci aku , aku tau . Tapi diorang just taknak bagitau . Kan ? Takpa , aku faham . Thanks KORANG sebab benci aku . Aku tau . Terima kasih . Aku memang jahat . Bye , salam .


Old things | New things