Follow Dashboard
Tokens?

Alhamdulillah.
Monday, December 23, 2013 | 6:42 AM | 0 comments
 
Assalamualaikum fellas :) So, i dont know what should i start for the 'pendahuluan' actually. Erm, okay memandangkan tittle dekat atas pun tulis Alhamdulillah, so you guys mesti nak tahu kenapa aku buat title camtu kan? Maybe yang mana dah tahu, dah dapat agak kut aku nak tulis pasal apa. Takpelah, ni diari yang ikhlas dari lubuk hati.

Okay gambar dekat atas tu, tu lah Nur Aliah Abd Aziz. Dia tersenarai dalam list sweet candies rasanya. Hehe boleh dikatakan macam bestfriend lah jugak sweet candies tu haha. Guess what? Our PMR results excellent with flying colours! Alhamdulillah, thanked to Allah.  Straight A's in our hands. We celebrated our happy moments together lepas amik result dengan pergi makan Mcd.  Wahahahaha! Congratulations to those yang dapat 8A's jugak. And tak terlupa, yang mana tak dapat straight A's pun, congratulations jugak! Jangan sedih sedih, rezeki ada di mana mana sahaja. Mungkin bukan disini, tapi disana. Menantimu untuk berjaya. In shaa Allah :) Malam ambil result tu, aku beria tak boleh tidur. Sampaikan aku duk ucap '7a1b 7a1b 7a1b' je sampai aku tertidur. Aku tak expect langsung dapat 8A's, sebab aku rasa Science aku memang ke laut habis. Bagi aku, untuk aku dapatkan 8A's itu ialah suatu perkara yang mustahil sangat. Sebelum ni pun mana pernah dapat straight A's time exam ke apa. Trial pun, 3A je. Ada C pulak tu. Huhu, kadang kadang rasa macam tak percaya. Sometimes i have that feeling that told me, 'Allah dah bagi aku lebih daripada apa yang aku harapkan walaupun aku bukan seorang hamba Allah yang baik.' Hmmmm rasa bersalah dalam diri tu tiba tiba muncul dengan tidak semena mena. Haha. Mungkin Allah saja bagi hadiah yang aku rasa terlalu mewah untuk aku. Supaya aku lebih sedar, siapa diri aku, berapa banyak dosa aku, betapa teruknya perangai aku, sehinggakan orang lain hanya akan judge diri aku based on masa silam aku. Ya Allah, banyak dosa aku. 

Tiba tiba terdetik dalam hati. 'Disebabkan aku terlampau banyak dosa dengan Allah, tapi Allah masih berikan hadiah istimewa untuk aku, aku akan cuba untuk berubah. Berubah kepada yang lebih baik daripada sebelum ni. In shaa Allah, aku cuba. Walaupun bukan secara drastik, tapi aku cuba. Aku cuba untuk jadi seorang perempuan yang baik akhlaknya, yang baik budi pekertinya, dan baik dipandang orang. Satu hari nanti.' Lepasni dah taknak kisah orang nak cakap apa dah. Yang pasti, azam dalam diri ni cakap nak berubah.

Mungkin agak pelik bila seseorang yang dah biasa dengan life dia yang tersendiri, tiba tiba nak bertukar kepada sebuah life yang jauh berbeza daripada apa yang dia dah biasa selama ni. Right? Tapi, aku cuba kuatkan diri dengan berfikir, yang kata orang itu tak penting. Mulut orang kita memang tak boleh tutup. Apa yang penting, siapa kita di mata Allah, niat kita untuk Allah, pandangan Allah terhadap kita. Alhamdulillah again. In shaa Allah, satu hari nanti aku akan berubah menjadi yang lebih baik. Walaupun tidak seperfect perempuan muslimah lain, aku akan cuba untuk jadikan diri aku salah satu daripada mereka. Ya, memang susah. Bukan senang. Macam macam kena hadap lepastu. Hm dugaan hidup, memang macamtu. Nak buat macam mana, redha :) 

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa dosaku. Dosa dosa besarku, dosa dosa kecilku, dosa dosa yang aku sengaja lakukan, mahupun dosa dosa yang aku tidak sengaja lakukan. Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang kerdil, kecil, lemah dengan hasutan dan godaan syaitan di kiri dan kananku. Kau tunjukkanlah aku jalan orang orang yang Engkau redhai. Masukkanlah aku dalam golongan orang orang yang beriman, tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu. Jauhilah aku daripada azab api neraka-Mu dan juga seksa kubur-Mu, Ya Allah. Berikan lah aku petunjuk-Mu dan turunkanlah hidayah-Mu kepadaku, supaya aku sentiasa berada di jalan yang benar, jalan orang orang yang Engkau sayangi, rahmati, dan redhai. Hanya Engkaulah tempat untuk aku mengadu, tempat untuk aku meminta, dan tempat di mana aku akan kembali. Kuatkanlah semangatku, kuatkanlah imanku, kuatkanlah hatiku untuk menghadapi setiap cubaan yang mendatang sepanjang proses perubahan ini berlaku. Amin amin amin, ya rabbal alamin.....




Old things | New things